AL-FATIHAH
Pada tarikh 2 April 2012, kita digemparkan dengan berita yang amat mengejutkan sekali iaitu pemergian Allahyarham Mohd Hakim bin Latiff . Tak sampai seminggu selepas cuti semester, arwah dah meninggalkan kita. Memang semua tak sangka arwah akan meninggalkan kita pada saat-saat terakhir. ye lah, orang cakap kalau dah sampai ajal, kita kena redha je. but kadang-kadang terfikir, rasa berat dan sedih sebab tak sempat nak minta maaf dengan arwah.
Memang tak nafikan kadang2 mulut arwah ni laser, sebab tu ada di antara kita tak suka dengan arwah. But sejujurnya apa yang saya nampak, die memang tak sedar dan die tak sengaja nak sakitkan hati kita. mungkin tu dah memang habit die. kita cuma terima die seadanya. Apa yang saya nampak tentang arwah , die suka nasihatkan orang dan cerita ilmu kat orang. kalau sesiapa ada masalah, die mesti akan cuba bantu orang tersebut.
Arwah juga seorang yang rajin, sanggup meluangkan masa dan mencari rezeki buat business roti impit di Kolej Kasturi. orang semua sibuk belajar, arwah jalan2 kat kolej jual roti impit. tapi cuba tengok, pelajaran die still mantap. arwah tak pernah dengki-mendengki dengan orang. walaupun orang layan die teruk pun, die tetap layan orang tu dengan baik. itu yang kita tak nampak pasal arwah. kadang-kadang manusia ni pandang yang buruk je, tak pandang kebaikan orang tu.
So overall just pray for him. Hoping that dia akan sentiasa tergolong dalam golongan syurga. al- fatihah.
entry by raihan @ kalu.
No comments:
Post a Comment